Tabung Gempa Morocco

GEMPA BUMI DI MOROCCO 

MEREKA PERLUKAN BANTUAN KITA

Dana Untuk Bantuan Gempa Di Morocco


‼ BANTUAN KECEMASAN GEMPABUMI MOROCCO ‼


Pada 8 September 2023 lalu, Morocco telah ditimpa satu bencana alam yang amat dahsyat iaitu Gempa Bumi yang berukuran 6.8 Skala Ritcher. Terburuk sejak 63 tahun yang lalu.


Setakat 12 September 2023, SAR melaporkan sebanyak 2,862 orang terkorban, 2,562 cedera ringan, 1,404 cedera kritikal, ratusan bangunan runtuh, dan lebih 300,000 orang terkesan. Angka-angka ini dijangka akan bertambah dari masa ke masa.


Antara yang terkorban, adik Suleiman Aytnasr, berumur 7 tahun. 

Suleiman sudah terlalu teruja untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal tiba. 


Ketika itu ibunya membawanya ke bilik tidur setelah dia tertidur di ruang tamu rumah mereka.


"Gempa bumi berlaku, dan siling hancur dan menghempap keatas anak saya," kata ayah Suleiman, Brahim Aytnasr, yang matanya merah kerana menangis.


Pertubuhan Muslim Al Fateh bersama rakan strategik, Global Humanitarian Network sedang berada di lapangan bencana bagi melaksanakan assessment dan menyampaikan bantuan segera buat mangsa-mangsa yang memerlukan. 


Ayuh bersama kami, kita salurkan sumbangan untuk bantu mereka menghadapi detik-detik sukar ini agar mereka segera kembali bangkit. 


Sasaran Awal : RM100,000


Jenis Bantuan Segera  yang disalurkan : 

1. Penempatan Sementara

2. Bantuan Makanan dan Selimut


#PeduliMorocco 

#KitaSaudara

#GempaBumi

#Kecemasan

#MuslimAlFateh

#GlobalHumanityNetwork


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
[RM10] - TABUNG GEMPA MOROCCO
[RM50] - TABUNG GEMPA MOROCCO
[RM100] - TABUNG GEMPA MOROCCO
[RM500] - TABUNG GEMPA MOROCCO
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

PERTUBUHAN MUSLIM AL FATEH
donate@muslimalfateh.org
+6062636888